Pages

Monday, October 27, 2008

Tuesday, October 21, 2008

TRIAL ADD MATH MARA 2008

Download di sini
http://www.4shared.com/file/66393824/563cf6da/ADD_MTH.html

TRIAL SPM MATH PAHANG

DOWNLOAD DI SINI
http://www.4shared.com/file/65739972/4c9e6dd3/MATH_K12_SPM_PHG_TRIAL_08.html

SOALAN TRIAL BM K1 &K2 MELAKA

DOWNLOAD DISINI
http://www.4shared.com/file/63975396/3e6b4ca0/BM_K1_DAN_K2_MELAKA_SPM.html

DOWNLOAD TRIAL SPM 2008 KELANTAN ( FIZIK )

Download di sini trial spm 2008 ( Fizik k1 )

http://rapidshare.com/files/156339541/PEPERIKSAAN_PERCUBAAN_fizik_paper_1.pdf.html

Download trial spm 2008 ( Fizik K2 )

http://rapidshare.com/files/156341342/PEPERIKSAAN_PERCUBAAN_fizik_paper_2.pdf.html

Download trial spm 2008 ( Fizik k3 )

http://rapidshare.com/files/156341993/PEPERIKSAAN_PERCUBAAN_fizik_paper_3.pdf.html

Skema trial fizik k1&k2 & k3

http://rapidshare.com/files/156340473/skema_fizik_p1p2p3.pdf.html

DOWNLOAD TRIAL STPM MATEMATIK T (K1) DAN SKEMA

Untuk pelajar stpm dan pelajar matrikulasi di sini saya sertakan soalan trial stpm (K1) untuk dibuat latihan ,anda boleh download soalan itu di
http://rapidshare.com/files/156319570/trial_PAHI.doc.html

skemanya
http://rapidshare.com/files/156320448/jwp_trial_pahi.doc.html

DOWNLOAD FREE TRIAL 2008 KELANTAN SPM

SOALAN KLON SPM MATEMATIK K2
http://rapidshare.com/files/156316939/paper2a.doc.html

DOWNLOAD SOALAN TRIAL ADD MATH PAPER 1KELANTAN 2008
http://rapidshare.com/files/156335607/PEPERIKSAAN_PERCUBAAN_add_math_paper_1.pdf.html

DOWNLOAD SKEMA TRIAL ADD MATH PAPER 1KELANTAN 2008
http://rapidshare.com/files/156335956/skema_add_math_paper_1.pdf.html

DOWNLOAD SOALAN TRIAL ADD MATH KELANTAN PAPER 2
http://rapidshare.com/files/156336798/PEPERIKSAAN_PERCUBAAN_add_math_paper_2.pdf.html
DOWNLOAD SKEMA TRIAL ADD MATH KELANTAN PAPER 2
http://rapidshare.com/files/156337342/skema_add_math_paper_2.pdf.html

tak sedor diri

Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.Babi : Ok. Kau dok diam2..5 minit kemudian......Babi : Hah, dah siap, nah..Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..5 minit kemudian...Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..

kucing dan ikan tenggiri

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?""Tentu saja!" jawab pakar konselor...Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

Monday, October 20, 2008

CERITA BADANG PERKASA

Pada suatu masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama badang. Badang merupakan seorang pemuda yang rajin Pada suatu hari, pagi-pagi lagi Badang turun pergi menebas. Sebelum mula kerja menebas, Badang turun ke sungai untuk melihat lukah yang ditahannya. Namun, Badang terperanjat apabila melihat terdapat timbunan tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang dengan segera pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya telah diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan, kecuali tinggalan sisik-sisik ikan. Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama. Kemudiannya, dia pergi menyiapkan kerja. Seperti biasa apabila hari petang, Badang balik ke rumah tuannya. Dia tidak pergi melihat lukahnya pada waktu petang kerana lukah akan mengena pada waktu malam. Esoknya pula, Badang pergi menebas seperti biasa. Setelah sampai di tempat itu, Badang terus pergi ke anak sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia terperanjat kerana timbunan tulang ikan di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya itu tiada ikan, kecuali sisik ikan sahaja yang tinggal. Badang bertambah hairan. "Siapakah yang makan ikan mentah?" dia bertanya dalam hatinya.Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Kemudian, dia pergi menebas seperti biasa. Apabila hari sudah senja, Badang tidak balik. Dia terus pergi bersembunyi untuk mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukah itu. Dia menyorok di sebalik semak. Apabila larut malam, datanglah satu lembaga. Matanya merah, bertaring panjang, berjanggut, dan berambut panjang. Muka lembaga itu sangat hodoh. Kukunya panjang. Lembaga itu mengangkat lukah lalu mengambil ikan-ikan di dalamnya. "Wah, hantu rupa-rupanya!" kata Badang di dalam hati. "Aku tidak takut kepada hantu itu!" ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap janggut lembaga itu. Berlakulah pergelutan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu. Akhirnya, lembaga itu mengaku kalah. Lembaga itu minta dilepaskan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu dengan begitu mudah. Lembaga itu merayu-rayu minta dilepaskan. "Kalau tuan hamba melepaskan hamba, hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba mahu," ujar lembaga itu. Badang terfikir, "Betulkah janji lembaga ini?" Badang mahu menguji, adakah kata-kata lembaga itu benar? Badang cuba memikirkan apa yang dia mahu minta. Kalau minta banyak harta, nanti harta itu akan menjadi milik tuannya. Kalau minta isteri cantik, mungkin akan diambil oleh tuannya juga. Tetapi kalau minta jadi gagah perkasa, tentu boleh menolong tuannya untuk membersihkan hutan itu. "Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa," kata Badang. "Kalau tuan hamba mahu jadi gagah, tuan hamba hendaklah makan muntah hamba," kata lembaga itu. Badang termenung dan berfikir sejenak. "Baiklah! Aku setuju. Cepat! Biar aku jadi gagah," kata Badang. Lembaga itu muntah di atas daun keladi yang ada di situ. Tanpa berlengah lagi, Badang pun makanlah muntah lembaga itu hingga habis. Lembaga itu minta dirinya dilepaskan. "Belum boleh lagi! Tunggu dulu," Badang berkata sambil tangannya masih lagi memegang janggut lembaga itu. Dia mengheret lembaga itu ke arah sebatang pokok besar. Badang cuba mengangkat pokok itu dengan sebelah tangannya. Pokok itu tumbang. Badang berasa sangat gembira hajatnya termakbul. Badang mengucapkan terima kasih kepada lembaga itu. Lembaga yang muka hodoh dan bertaring tadi tiba-tiba bertukar wajah menjadi manusia yang berambut putih dan berjanggut putih. "Aku bukanlah hantu sebagaimana yang kamu sangkakan. Aku datang untuk menolongmu. Kamu seorang yang cekal, tabah, dan jujur," kata lelaki tua itu. Kemudian dia ghaib daripada pandangan Badang. "Mungkin dia seorang alim!" fikir Badang. Badang bersyukur kepada Tuhan kerana memperoleh kekuatan yang luar biasa itu.
Malam itu, Badang membersihkan semua hutan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya. Setelah selesai, dia pun pulang. Pada keesokannya, dia tidak pergi menebas lagi. Tuannya memanggil dan bertanya mengapa dia tidak pergi menebas. Badang memberitahu bahawa dia telah membersihkan hutan dan semak-samun tersebut. Tuannya, Orang Kaya Nira Sura itu tidak percaya apa yang diceritakan oleh Badang. Dia pergi ke hutan untuk melihat sendiri keadaan tanahnya. Orang Kaya Nira Sura hairan kerana hutan dan semak-samun itu memang telah habis dibersihkan oleh Badang. Orang Kaya Nira Sura berasa gembira kerana hutan di tanahnya sudah dibersihkan. Namun, dia berasa bimbang, kalau-kalau Badang mengapa-apakannya pula. Orang Kaya Nira Sura lalu mempersembahkan Badang kepada Raja Temasik. Maka Badang pun dibebaskan daripada tuannya. Sekarang Badang tinggal di istana Raja Temasik sebagai budak suruhan. Pada suatu hari, Pemaisuri raja mengidam mahu makan buah mempelam. Permaisuri menyuruh Badang mengambil buah mempelam muda. Badang tidak lengah-lengah lagi. Dia terus memanjat pokok mempelam di hadapan istana raja itu. Disebabkan buah mempelam itu berada di hujung ranting, dia terpaksa menghulurkan tangan untuk mengambil buah mempelam itu. Tiba-tiba dahan tempat Badang berpijak itu patah. Dia terjatuh ke tanah. Kepalanya terhempas ke batu. Batu besar di bawah pokok mempelam itu terbelah dua. Namun, kepala Badang tidak cedera. Permaisuri berasa hairan melihat kejadian itu. Permaisuri lalu pun memberitahu kejadian itu kepada raja. Raja datang menyaksikan sendiri. Baginda melihat batu besar di hadapan istana itu terbelah dua. Baginda sangat hairan akan peristiwa itu. Raja Temasik lalu mengangkat Badang sebagai pahlawan gagah perkasa. Kehebatan Badang tersebar di seluruh Temasik. Kemasyhuran itu turut tersebar ke Benua Keling. Maharaja Keling datang ke Temasik dengan membawa pahlawan yang kuat lagi perkasa dari negaranya. Pahlawan itu bergelar Pahlawan Gagah Perkasa. Pahlawan itu dibawa masuk untuk beradu kekuatan dengan Badang. Raja Temasik bersetuju pertandingan itu diadakan di hadapan pembesar-pembesar negara dan rakyat jelata. Maka tibalah hari yang ditetapkan. Hari pertandingan kekuatan di antara dua buah negara. Sementara menunggu masa dan ketika peraduan dimulakan, Pahlawan Gagah Perkasa dari Benua Keling itu duduk berhampiran dengan Badang. Dia lalu menindih paha Badang dengan pahanya secara bergurau. Namun, Badang boleh mengangkat paha pahlawan itu. "Wah, gagah sungguh Pahlawan Temasik ini!" ujar Pahlawan Gagah Perkasa itu dalam hatinya. Tetuang dibunyikan menandakan pertandingan akan dimulakan. Pahlawan Gagah Perkasa dari Benua Keling itu mula mengangkat batu di hadapan majlis raja-raja dan pembesar negara masing-masing. Dengan rasa megah pahlawan itu dapat mengangkat batu itu setinggi paras lututnya. Dia lalu membawa batu itu kehadapan raja dan diletakkannya di situ. Maharaja Keling dan para pembesar negara pun ketawa kerana gembira. Riuh rendah kedengaran. Akhirnya, sampailah masanya giliran Badang. Badang yang bertubuh kerdil berjalan masuk dengan lemah longlai menuju ke batu besar itu. Badang lalu mengangkat batu itu dan membalingnya ke Teluk Belanga. Pahlawan Gagah Perkasa Benua Keling berasa malu kerana tidak dapat menandingi kekuatan Badang yang sungguh gagah perkasa itu. Demikianlah kemasyhuran Badang sebagai seorang yang gagah perkasa pada zaman dahulu. Itulah sebabnya kemasyhurannya menjadi buah mulut yang dituturkan orang dari zaman ke zaman.

CERITA ANAK AYAM DARI LANGIT

Hari itu fikiran Acik bercelaru. Dia rasa serba salah. Dia hendak pergi sekolah atau pergi ke Bukit Cina? Kalau dia pergi sekolah, dia tidak dapat duit. Kalau dia pergi ke Bukit Cina, dia dapat duit tetapi hilang pelajaran. Bukit Cina adalah tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran. Di situ, dia boleh memungut barang-barang terbuang, kotak, botol, dan apa sahaja yang dibuang, tetapi masih boleh digunakan lagi. Ketika itu, Acik amat memerlukan wang. Dia berhasrat menyertai rombongan ke pameran buku antarabangsa. Wang yang diperlukan ialah sebanyak RM50.00. Tambang RM10.00, pakaian RM25.00, dan duit saku RM15.00. Cikgu kata pakaian tidak perlu beli yang baharu, asalkan bersih. Tetapi pakaian Acik sudah lusuh. Kalau cuci macam mana pun tetap kelihatan tidak bersih.Hari itu fikiran Acik bercelaru. Dia rasa serba salah. Dia hendak pergi sekolah atau pergi ke Bukit Cina? Kalau dia pergi sekolah, dia tidak dapat duit. Kalau dia pergi ke Bukit Cina, dia dapat duit tetapi hilang pelajaran. Bukit Cina adalah tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran. Di situ, dia boleh memungut barang-barang terbuang, kotak, botol, dan apa sahaja yang dibuang, tetapi masih boleh digunakan lagi. Ketika itu, Acik amat memerlukan wang. Dia berhasrat menyertai rombongan ke pameran buku antarabangsa. Wang yang diperlukan ialah sebanyak RM50.00. Tambang RM10.00, pakaian RM25.00, dan duit saku RM15.00. Cikgu kata pakaian tidak perlu beli yang baharu, asalkan bersih. Tetapi pakaian Acik sudah lusuh. Kalau cuci macam mana pun tetap kelihatan tidak bersih.Mana-mana barang yang laku dijual, Acik kumpul setempat. Ketika Acik menyelongkar timbunan sampah, dia terdengar suara berdecit-decit seperti suara anak burung lapar. Suara itu datang dari tepi timbunan sampah. "Suara apa itu?" bisik Acik. Acik mara ke arah suara itu datang. Cik, cik, cik, cik! Bunyi suara itu, seolah-olah memanggil Acik datang. Perlahan-lahan Acik berjalan. Matanya tajam mengintai ke dalam semak itu. Suara itu semakin jelas. "Eh, anak ayam! Dari mana anak-anak ayam ini datang?" bisik Acik perlahan-lahan. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. "Banyaknya! Satu, dua, tiga, empat, lima. Lima ekor," Acik mengira anak ayam itu. Acik berlari ke arah timbunan sampah untuk mengambil kotak. Anak ayam itu diisikan ke dalam kotak. "Aku mesti pulang cepat. Anak ayam ini lapar." kata Acik lalu beredar dari situ. Acik tiba di rumah seolah-olah baru pulang dari sekolah. Emaknya sudah menyediakan makanan di dapur. "Acik! Kamu sudah pulang? Baguslah. Mari makan!" emak ajak Acik makan. "Ayah mana?" tanya Acik. "Ayah belum pulang. Dia lambat balik. Dia pergi panjat kelapa Kampung Bukit. Tentu lambat balik." "Kamu makanlah dulu," kata emak Acik. "Nanti sekejap. Acik hendak mandi," jawab Acik. Acik turun dari rumah. Dia terus ke bawah .... BERSAMBUNG

PELANCARAN

BLOG INI DILANCARKAN PADA 22.10.2008. TAJUK YANG DIBICARAKAN PADA BLOG INI ADALAH MELIPUTI SEMUA ASPEK.........untuk permulaan bacalah cerita rakyat badang sebagai hiburan dan akan menyusul pelbagai cerita menarik dari penulis .... sekian salam pengenalan dari penulis