Pages

Monday, October 20, 2008

CERITA ANAK AYAM DARI LANGIT

Hari itu fikiran Acik bercelaru. Dia rasa serba salah. Dia hendak pergi sekolah atau pergi ke Bukit Cina? Kalau dia pergi sekolah, dia tidak dapat duit. Kalau dia pergi ke Bukit Cina, dia dapat duit tetapi hilang pelajaran. Bukit Cina adalah tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran. Di situ, dia boleh memungut barang-barang terbuang, kotak, botol, dan apa sahaja yang dibuang, tetapi masih boleh digunakan lagi. Ketika itu, Acik amat memerlukan wang. Dia berhasrat menyertai rombongan ke pameran buku antarabangsa. Wang yang diperlukan ialah sebanyak RM50.00. Tambang RM10.00, pakaian RM25.00, dan duit saku RM15.00. Cikgu kata pakaian tidak perlu beli yang baharu, asalkan bersih. Tetapi pakaian Acik sudah lusuh. Kalau cuci macam mana pun tetap kelihatan tidak bersih.Hari itu fikiran Acik bercelaru. Dia rasa serba salah. Dia hendak pergi sekolah atau pergi ke Bukit Cina? Kalau dia pergi sekolah, dia tidak dapat duit. Kalau dia pergi ke Bukit Cina, dia dapat duit tetapi hilang pelajaran. Bukit Cina adalah tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran. Di situ, dia boleh memungut barang-barang terbuang, kotak, botol, dan apa sahaja yang dibuang, tetapi masih boleh digunakan lagi. Ketika itu, Acik amat memerlukan wang. Dia berhasrat menyertai rombongan ke pameran buku antarabangsa. Wang yang diperlukan ialah sebanyak RM50.00. Tambang RM10.00, pakaian RM25.00, dan duit saku RM15.00. Cikgu kata pakaian tidak perlu beli yang baharu, asalkan bersih. Tetapi pakaian Acik sudah lusuh. Kalau cuci macam mana pun tetap kelihatan tidak bersih.Mana-mana barang yang laku dijual, Acik kumpul setempat. Ketika Acik menyelongkar timbunan sampah, dia terdengar suara berdecit-decit seperti suara anak burung lapar. Suara itu datang dari tepi timbunan sampah. "Suara apa itu?" bisik Acik. Acik mara ke arah suara itu datang. Cik, cik, cik, cik! Bunyi suara itu, seolah-olah memanggil Acik datang. Perlahan-lahan Acik berjalan. Matanya tajam mengintai ke dalam semak itu. Suara itu semakin jelas. "Eh, anak ayam! Dari mana anak-anak ayam ini datang?" bisik Acik perlahan-lahan. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. "Banyaknya! Satu, dua, tiga, empat, lima. Lima ekor," Acik mengira anak ayam itu. Acik berlari ke arah timbunan sampah untuk mengambil kotak. Anak ayam itu diisikan ke dalam kotak. "Aku mesti pulang cepat. Anak ayam ini lapar." kata Acik lalu beredar dari situ. Acik tiba di rumah seolah-olah baru pulang dari sekolah. Emaknya sudah menyediakan makanan di dapur. "Acik! Kamu sudah pulang? Baguslah. Mari makan!" emak ajak Acik makan. "Ayah mana?" tanya Acik. "Ayah belum pulang. Dia lambat balik. Dia pergi panjat kelapa Kampung Bukit. Tentu lambat balik." "Kamu makanlah dulu," kata emak Acik. "Nanti sekejap. Acik hendak mandi," jawab Acik. Acik turun dari rumah. Dia terus ke bawah .... BERSAMBUNG

No comments: