Pages

Sunday, March 27, 2011

WIRA TUNGGAL VERSI MELAYU











DOWNLOAD WIRA TUNGGAL VERSI MELAYU
Wira Tunggal ep 001
Wira Tunggal ep 002
Wira Tunggal ep 003
Wira Tunggal ep 004
Wira Tunggal ep 005
Wira Tunggal ep 006
Wira Tunggal ep 007
Wira Tunggal ep 008
Wira Tunggal ep 009
Wira Tunggal ep 010
Wira Tunggal ep 011
Wira Tunggal ep 012
Wira Tunggal ep 013
Wira Tunggal ep 014
Wira Tunggal ep 015
Wira Tunggal ep 016
Wira Tunggal ep 017
Wira Tunggal ep 018
Wira Tunggal ep 019
Wira Tunggal ep 020
Wira Tunggal ep 021
Wira Tunggal ep 022
Wira Tunggal ep 023
Wira Tunggal ep 024
Wira Tunggal ep 025
Wira Tunggal ep 026
Wira Tunggal ep 027
Wira Tunggal ep 028
Wira Tunggal ep 029
Wira Tunggal ep 030
Wira Tunggal ep 031
Wira Tunggal ep 032
Wira Tunggal ep 033
Wira Tunggal ep 034
Wira Tunggal ep 035
Wira Tunggal ep 036
Wira Tunggal ep 037
Wira Tunggal ep 038
Wira Tunggal ep 039
Wira Tunggal ep 040
Wira Tunggal ep 041
Wira Tunggal ep 042
Wira Tunggal ep 043
Wira Tunggal ep 044
Wira Tunggal ep 045
Wira Tunggal ep 046
Wira Tunggal ep 047
Wira Tunggal ep 048
Wira Tunggal ep 049
Wira Tunggal ep 050
Wira Tunggal ep 051
Wira Tunggal ep 052
Wira Tunggal ep 053
Wira Tunggal ep 054
Wira Tunggal ep 055
Wira Tunggal ep 056
Wira Tunggal ep 057-70
Wira Tunggal ep 068
Wira Tunggal ep 071
Wira Tunggal ep 072
Wira Tunggal ep 073
Wira Tunggal ep 074
Wira Tunggal ep 075
Wira Tunggal ep 076
Wira Tunggal ep 077
Wira Tunggal ep 078
Wira Tunggal ep 079
Wira Tunggal ep 080
Wira Tunggal ep 081
Wira Tunggal ep 082
Wira Tunggal ep 083
Wira Tunggal ep 084
Wira Tunggal ep 085
Wira Tunggal ep 086-100
Wira Tunggal ep 101-120
Wira Tunggal ep 121-125
Wira Tunggal ep 126-130
Wira Tunggal ep 131-140
Wira Tunggal ep 141-160
Wira Tunggal ep 161-170
Wira Tunggal ep 171-180
Wira Tunggal ep 181-200
wira tunggal ep 201-210
Wira Tunggal ep 211-220
Wira Tunggal ep 221-250
Wira Tunggal ep 251-260
Wira Tunggal ep 261-280
Wira Tunggal ep 281-299
Wira Tunggal ep 300 VERSI SANG ASURA
Wira Tunggal ep 300 VERSI PAI WUNAN

DOWNLOAD KOMIK PENDEKAR LAUT VERSI MELAYU













PENDEKAR LAUT

Episod 01
Episod 02
Episod 03
Episod 04
Episod 05
Episod 06
Episod 07
Episod 08
Episod 09
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28
Episod 29
Episod 30
Episod 31
Episod 32
Episod 33
Episod 34
Episod 35
Episod 36
Episod 37
Episod 38
Episod 39
Episod 40
Episod 41
Episod 42
Episod 43
Episod 44
Episod 45
Episod 46
Episod 47
Episod 48(final)


Monday, October 4, 2010

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Thursday, September 2, 2010

TIP MENANGANI STRESS

SOKONGAN
§ Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.

SOLAT
§ Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.

DOA
§ Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.

MENTAL EXERCISE
§ Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.

UBAH SUSUN ATUR RUMAH
§ Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.

PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.

PANDANGAN TERHADAP STRESS
§ Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.

TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
§ Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.

BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
§ Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.

KRITIKAN NEGATIF
§ Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.

LAKUKAN PERUBAHAN
§ Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.


JAGA HUBUNGAN BAIK
§ Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

KETAWA
§ Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.


BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
§ Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.

MENYEMAI SIFAT EHSAN
§ Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

Monday, August 23, 2010

BOSS

SEORANG BOSS ENTAH MACAM MANA MOOD DIA MEMANG BAIK SUNGGUH PADA SUATU HARI TU. SESIAPA YANG NAK MINTA BALIK 5 JAM LEBIH AWAL HARI NI DIA BAGI. TAPI ALASANNYA HANYA SATU JER BOLEH GUNA.
HAAAA!! ALASANNYA MESTILAH PASAL SEMBAHYANG SAHAJA! TAU-TAU MACAM TU ADER 4 ORANG PEKERJA BAWAHAN DATANG BERJUMPA DENGAN BOSS NI;

MULA-MULA SEORANG KERANI BIASA;
KERANI : BOSS, BULEH SAYA PULANG AWAL? SAYA BALIK NAK SOLAT KAT RUMAH
BOSS, LEH TAK?
BOSS : TAK BOLEH!!! KAT SINI KAN ADER SURAU, SEMBAHYANG JEMAAH LAGI
LAGI BANYAK PAHALANYA!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;
Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

Friday, January 22, 2010

CERITA CAWAN

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat) .

Tuesday, August 11, 2009

ISTERI YANG SOLEHAH

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara. 4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama. Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan. Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman. Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan. Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar. Wallahualam

PEMUDA DENGAN PADERI

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selainbelajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika,dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masukIslam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk disalah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikanpenghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliakketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita adaseorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidakbergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan ituberkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hinggaakhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan akumenjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana andatahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yangterdapat di wajahmu.'Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkankehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannyauntuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan andaharus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,'Silakan!'Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, duayang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya,lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiadadelapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiadasepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiadadua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiadaempat belasnya.''Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apayang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah dengan tanpa ayah dan ibu!''Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dansiapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara daribatu?''Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakahyang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinankepada Allah.Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'(Al-Isra': 12).- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musaketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.menciptakan makhluk.- Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatuyang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).- Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmudi atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepadaNabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musimpaceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluhkali lipat.' (Al-An'am: 160).- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yangterdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon airuntuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengantongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'(Al-Baqarah: 60).- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktuSubuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulaimenyingsing.' (At-Takwir: 18).- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudaraNabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayahkami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusufdi dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelahkedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akanmemohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suaraKeldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalahsuara keldai.' (Luqman: 19).- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan apiialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim..Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'(Al-Anbiya':69).- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazabdengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batuadalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah TipuDaya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawahsinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tigadikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslimtersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkanniatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimutikeraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikankekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gerejaitu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak.Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dansemuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaannamun anda tidak mampu menjawabnya!'Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah.'Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. 'Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. 'Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memelukagama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjagamereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikelyang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahamiisi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan danmenjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristiantahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datangmembisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalamIslam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telingaorang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahumengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dankedudukan duniawi.Wallahua'lam

Friday, June 26, 2009

LAWAK ORE TRENGGANU ..KAH..KAH

Lawak Orang Terengganu- bace leer.. (Citer lama dlm simpanan) Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!! Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) ....... "Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni". Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi". Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi. "Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye..... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis". Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak." Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu". Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane. Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi". Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu". Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih" Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda" Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat? Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!